Aktiviti 'menangguk ikan' mungkin bukanlah aktiviti asing bagi mereka yang berada dalam kelompok usia emas namun bagi generasi muda aktiviti itu mungkin tidak ramai yang tahu.<br />Menangguk ikan merupakan aktiviti menangkap ikan secara tradisional menggunakan tangguk, serkap serta serampang yang telah digunakan masyarakat terdahulu sejak lebih 50 tahun lalu untuk mencari sumber pendapatan.
